Thursday, January 20, 2011

Tech 2 Parts & Service


MENJANA EKONOMI ISLAM
Sudah lebih 1400 tahun yang lalu Islam telah menyatakan bahawa punca rezeki 9/10 daripada pernigaan. Tapi mengapa majoriti umat Islam masih kurang menguasai mana-mana jenis perniagaan? Memang ramai yang sudah berjaya namun masih banyak ruang lagi untuk kita memenuhi bidang perniagaan ini. Hakikatnya, rata-rata orang-orang Cina yang menguasai bidang perniagaan ini khususnya di Malaysia. Rasulullah SAW pun pernah berkata tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Kini kita boleh tidak perlu pergi jauh-jauh kerana sudah ramai orang Cina di negara kita. Kita harus mencontohi sikap dan belajar bagaimana mereka berniaga tetapi kita tetap juga mengikuti landasan Islam.

Dalam solat kita diajar agar mementingkan solat jemaah. Tapi bagaimana kita hari ini? Adakah kita sentiasa melakukannya? Begitu juga dalam konsep berniaga, kita harus mengaplikasikan konsep jemaah ini dengan beramai-ramai pergi ke kedai-kedai muslim yang ada. 

Pernahkah kita mendengar cerita tentang orang Yahudi yang ingin membeli barang? Mereka sanggup pergi ke kedai orang Yahudi sendiri walaupun lebih jauh daripada kedai bangsa lain walaupun mereka tahu kedai lain itu juga menwarkan barang atau perkhidmatan yang sama. Keadaan semasa dunia pada hari ini, walaupun Yahudi cuma ada seramai 15.6 juta orang hakikatnya mereka yang menguasai ekonomi dunia. Berbanding Muslim yang ada lebih 1.57 billion juta orang. Mengapa boleh jadi begini? Banyak sebabnya, di antaranya orang Yahudi mempunyai ramai golongan bijak pandai dengan ilmu pengetahuan, berbanding umat Islam sendiri. Umat Islam hari ini sangat ramai, tetapi yang betul-betul mengamalkan cara hidup Islam cuma sedikit sebab itulah kita tidak menguasai ilmu sedangkan ayat pertama yang mula-mula turun ialah (Iqra') Bacalah. Ayat yang mengingatkan kita bahawa Ilmu adalah yang yang terpenting. Selain itu, kita umat Islam juga adalah pendokong kepada ekonomi Yahudi kerana banyak menggunakan barang mereka malah ada yang berbangga-bangga dengan barangan tersebut. Jadi, bagaimana dengan barangan atau perkhidmatan peniaga Islam? 

Jika kita berfikir sejenak, kita akan tahu apa yang patut kita lakukan hari ni, sekarang, pada saat ini. Sebenarnya kekuatan kita terletak pada diri kita sendiri. Allah SWT tidak mengubah sesuatu kaum, kecuali mereka sendiri. Kita mesti ada tindakan yang sepatutnya kerana ramai yang sudah tahu perkara ini tapi masih tetap berada pada kedudukan yang sama. Bila? Tunggu lagi tahun depan? Bulan depan? Esok? Atau hari ini. Kita sendiri yang tentukan langkah kita. Semoga Allah SWT  memberkati...

Tuesday, January 18, 2011

Tanya Tentang Tayar

1. Saiz apa tayar keretaku? Saiz tayar kereta asal boleh kita lihat pada 6 tempat; pada setiap tayar, pada  bahagian bawah tempat duduk pemandu dan pada buku panduan manual kereta anda. Kebiasaannya tayar depan dan belakang sama sahaja saiznya, tapi beberapa kereta eksotik menggunakan tayar depan dan belakang yang berbeza.
2. Apa maksud data di tepi tayar? Pada tepi tayar, kita akan dapati tentang saiz, buatan dari mana, model, maksimum angin dan muatan, kelajuan dan peringatan keselamatan. Kita boleh lihat tayar kita seperti ini:
165/60R13 73H
P215/65R15 95H


  • P - passengger - menunjukkan tayar itu untuk kegunaan kereta penumpang.
  • 165 - lebar tayar, dalam milimeter dari tepi ke tepi
  • 60 - peratus nisbah ketinggian tepi tayar daripada lebar 
  • R - radial tayar, Kebanyakan tayar sekarang menggunakan radial, tetapi kadang-kadang kita mungkin lihat D atau B menunjukkan ia menggunakan diagonal atau bias. Jangan campur adukkan radial dan bias pada kenderaan.
  • 13 - diameter tayar, dalam inch
  • 73 - menunjukkan indeks jumlah muatan yang dikeluarkan oleh Rubber Manufacturers Assosiation.Standard

 Load Inflation Table for ETRTO Tires

Code
Pounds
Kilograms
Code
Pounds
Kilograms
Code
Pounds
Kilograms
60
551
250
80
992
450
100
1,764
800
61
567
257
81
1,019
462
101
1,819
825
62
584
265
82
1,047
475
102
1,874
850
63
600
272
83
1,074
487
103
1,929
875
64
617
280
84
1,102
500
104
1,984
900
65
640
290
85
1,135
515
105
2,039
925
66
661
300
86
1,168
530
106
2,094
950
67
677
307
87
1,201
545
107
2,149
975
68
695
315
88
1,235
560
108
2,205
1,000
69
717
325
89
1,279
580
109
2,271
1,030
70
738
335
90
1,323
600
110
2,337
1,060
71
761
345
91
1,356
615
111
2,403
1,090
72
783
355
92
1,389
630
112
2,470
1,120
73
805
365
93
1,433
650
113
2,536
1,150
74
827
375
94
1,477
670
114
2,601
1,180
75
853
387
95
1,521
690
115
2,679
1,215
76
882
400
96
1,565
710
116
2,756
1,250
77
908
412
97
1,609
730
117
2,833
1,285
78
937
425
98
1,653
750
118
2,910
1,320
79
963
437
99
1,709
775
119
2,999
1,360

H - kadar kelajuan maksimum tayar per jam. Antara kadar kelajuan ialah : N = 140, P = 150, Q = 160, R = 170, S = 180, T = 190, U = 200, H = 210, V = 240, Z = 240+, W = 270 dan Y = 300. Tidak digalakkan mencampur-adukkan tayar dengan kadar kelajuan berbeza pada mana-mana kenderaan.

4 digit nombor : Masa tayar di buat ' minggu dan tahun'. Contoh (0507 = feb 2007), (4106 = oct 2006)