Tuesday, January 18, 2011

Tanya Tentang Tayar

1. Saiz apa tayar keretaku? Saiz tayar kereta asal boleh kita lihat pada 6 tempat; pada setiap tayar, pada  bahagian bawah tempat duduk pemandu dan pada buku panduan manual kereta anda. Kebiasaannya tayar depan dan belakang sama sahaja saiznya, tapi beberapa kereta eksotik menggunakan tayar depan dan belakang yang berbeza.
2. Apa maksud data di tepi tayar? Pada tepi tayar, kita akan dapati tentang saiz, buatan dari mana, model, maksimum angin dan muatan, kelajuan dan peringatan keselamatan. Kita boleh lihat tayar kita seperti ini:
165/60R13 73H
P215/65R15 95H


  • P - passengger - menunjukkan tayar itu untuk kegunaan kereta penumpang.
  • 165 - lebar tayar, dalam milimeter dari tepi ke tepi
  • 60 - peratus nisbah ketinggian tepi tayar daripada lebar 
  • R - radial tayar, Kebanyakan tayar sekarang menggunakan radial, tetapi kadang-kadang kita mungkin lihat D atau B menunjukkan ia menggunakan diagonal atau bias. Jangan campur adukkan radial dan bias pada kenderaan.
  • 13 - diameter tayar, dalam inch
  • 73 - menunjukkan indeks jumlah muatan yang dikeluarkan oleh Rubber Manufacturers Assosiation.Standard

 Load Inflation Table for ETRTO Tires

Code
Pounds
Kilograms
Code
Pounds
Kilograms
Code
Pounds
Kilograms
60
551
250
80
992
450
100
1,764
800
61
567
257
81
1,019
462
101
1,819
825
62
584
265
82
1,047
475
102
1,874
850
63
600
272
83
1,074
487
103
1,929
875
64
617
280
84
1,102
500
104
1,984
900
65
640
290
85
1,135
515
105
2,039
925
66
661
300
86
1,168
530
106
2,094
950
67
677
307
87
1,201
545
107
2,149
975
68
695
315
88
1,235
560
108
2,205
1,000
69
717
325
89
1,279
580
109
2,271
1,030
70
738
335
90
1,323
600
110
2,337
1,060
71
761
345
91
1,356
615
111
2,403
1,090
72
783
355
92
1,389
630
112
2,470
1,120
73
805
365
93
1,433
650
113
2,536
1,150
74
827
375
94
1,477
670
114
2,601
1,180
75
853
387
95
1,521
690
115
2,679
1,215
76
882
400
96
1,565
710
116
2,756
1,250
77
908
412
97
1,609
730
117
2,833
1,285
78
937
425
98
1,653
750
118
2,910
1,320
79
963
437
99
1,709
775
119
2,999
1,360

H - kadar kelajuan maksimum tayar per jam. Antara kadar kelajuan ialah : N = 140, P = 150, Q = 160, R = 170, S = 180, T = 190, U = 200, H = 210, V = 240, Z = 240+, W = 270 dan Y = 300. Tidak digalakkan mencampur-adukkan tayar dengan kadar kelajuan berbeza pada mana-mana kenderaan.

4 digit nombor : Masa tayar di buat ' minggu dan tahun'. Contoh (0507 = feb 2007), (4106 = oct 2006) 

No comments:

Post a Comment