MENJANA EKONOMI ISLAM
Sudah lebih 1400 tahun yang lalu Islam telah menyatakan bahawa punca rezeki 9/10 daripada pernigaan. Tapi mengapa majoriti umat Islam masih kurang menguasai mana-mana jenis perniagaan? Memang ramai yang sudah berjaya namun masih banyak ruang lagi untuk kita memenuhi bidang perniagaan ini. Hakikatnya, rata-rata orang-orang Cina yang menguasai bidang perniagaan ini khususnya di Malaysia. Rasulullah SAW pun pernah berkata tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Kini kita boleh tidak perlu pergi jauh-jauh kerana sudah ramai orang Cina di negara kita. Kita harus mencontohi sikap dan belajar bagaimana mereka berniaga tetapi kita tetap juga mengikuti landasan Islam.
Dalam solat kita diajar agar mementingkan solat jemaah. Tapi bagaimana kita hari ini? Adakah kita sentiasa melakukannya? Begitu juga dalam konsep berniaga, kita harus mengaplikasikan konsep jemaah ini dengan beramai-ramai pergi ke kedai-kedai muslim yang ada.
Pernahkah kita mendengar cerita tentang orang Yahudi yang ingin membeli barang? Mereka sanggup pergi ke kedai orang Yahudi sendiri walaupun lebih jauh daripada kedai bangsa lain walaupun mereka tahu kedai lain itu juga menwarkan barang atau perkhidmatan yang sama. Keadaan semasa dunia pada hari ini, walaupun Yahudi cuma ada seramai 15.6 juta orang hakikatnya mereka yang menguasai ekonomi dunia. Berbanding Muslim yang ada lebih 1.57 billion juta orang. Mengapa boleh jadi begini? Banyak sebabnya, di antaranya orang Yahudi mempunyai ramai golongan bijak pandai dengan ilmu pengetahuan, berbanding umat Islam sendiri. Umat Islam hari ini sangat ramai, tetapi yang betul-betul mengamalkan cara hidup Islam cuma sedikit sebab itulah kita tidak menguasai ilmu sedangkan ayat pertama yang mula-mula turun ialah (Iqra') Bacalah. Ayat yang mengingatkan kita bahawa Ilmu adalah yang yang terpenting. Selain itu, kita umat Islam juga adalah pendokong kepada ekonomi Yahudi kerana banyak menggunakan barang mereka malah ada yang berbangga-bangga dengan barangan tersebut. Jadi, bagaimana dengan barangan atau perkhidmatan peniaga Islam?
Jika kita berfikir sejenak, kita akan tahu apa yang patut kita lakukan hari ni, sekarang, pada saat ini. Sebenarnya kekuatan kita terletak pada diri kita sendiri. Allah SWT tidak mengubah sesuatu kaum, kecuali mereka sendiri. Kita mesti ada tindakan yang sepatutnya kerana ramai yang sudah tahu perkara ini tapi masih tetap berada pada kedudukan yang sama. Bila? Tunggu lagi tahun depan? Bulan depan? Esok? Atau hari ini. Kita sendiri yang tentukan langkah kita. Semoga Allah SWT memberkati...
No comments:
Post a Comment