Ibnu Ishak memberitakan dari Muhammad bin Ka'ab Al-Qurazhi, katanya:pernah suatu kali telah datang seorang dari penduduk Kufah, lalu berkata kepada Huzaifah bin Al-Yaman ra.: 'Hai Abu Abdullah!' kata orang ahli Kufah itu. 'Apakah engkau telah melihat Rasulullah dan bersahabat dengannya?' 'Ya, wahai saudaraku! ' jawab Huzaifah. 'Apakah yang sudah kamu lakukan terhadap beliau, coba ceritakan!' pinta orang dari Kufah itu. 'Kami lakukan apa yang semampu kami saja,'jawab Huzaifah.
'Demi Allah,'kata orang itu,'jika kita yang menemuinya pada zaman itu, niscaya kami tidak membiarkannya berjalan di atas bumi sama sekali, niscaya kami memikulnya di atas punggung kami!'
'Apa katamu, wahai saudaraku?!'tanya Huzaifah.'Demi Allah, aku masih ingat ketika hari menggali parit (Khandak) itu, aku dapati betapa susah-payahnya Rasulullah menanggung lapar dan dahaga, menanggung udara yang dingin dan merasa takut sekali!'
Itulah antara perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan kalimah Allah SWT di muka bumi dan cintanya sahabat kepada Rasulullah SAW. Sudah berlalu 1431h tahun kita ditinggalkan dan sekarang ingin memasuki ke tahun 1432h. Ini bermakna umur kita sudah bertambah tua, masa kita semakin dekat menemuinya dan menemui Allah. Tapi benarkah kita ingin menemui Rasulullah? Benarkah kita ingin masuk syurga? Semua orang ingin masuk syurga jika ditanya. Akan tetapi jika dilihat apa yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang, lebih ramai lagi yang ingin memasuki neraka daripada syurga. Kita sudah tidak mencontohi Rasulullah, sunnahnya kita lupakan, ditinggalkan dan sudah kurang ingin memperkatakannya. Kita lebih suka bercakap tentang kebesaran orang lain, kemewahan, rumah besar, kereta besar, pangkat besar dan banyak lagi yang besar-besar hingga lupa Allah yang Maha Besar.
Betapa jauhnya kita sudah tersasar. Kita sebenarnya asyik dengan nikmat di dunia sehingga membuat kita lalai.
Friday, December 3, 2010
Tuesday, November 9, 2010
Kata- kata hikmah
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam merupakan pilihan Allah, berbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhinya. Berbagai perkara yang yang susah telah beliau rasakan, namun semuanya berubah menjadi sesuatu yang disukai dan disenangi. Pendustaan dan penentangan kaumnya menjadi timbulnya jihad, perjuangan untuk menolong agama Allah dan berkorban di jalan-Nya.
Dengan berbagai peperangan di dalamnya Allah memberikan pertolongan dan kemenangan kepada RasulNya serta menjadikan beberapa tentera muslimin gugur sebagai syahid, Allah berkehendak menjadikan mereka semua sebagai penghuni Jannatun Naim (syurga yang di dalamnya penuh dengan berbagai kenikmatan). Seandainya tiada penentangan dari orang-orang kafir, nescaya tidak ada kebaikan dan keuntungan sebesar ini.
Ketika Rasulullah SAW diusir dari Mekah, dari mata kasar, kelihatannya seperti suatu hal yang sangat tidak menyenangkan. Namun dengan pengertian yang tersirat, pengusiran itu merupakan kebaikan, kurniaan dan kemenangan. Dengan terjadinya hijrah tersebut, Rasulullah SAW dapat memulakan pembagunan negara Islam, dapat pertolongan dari golongan Ansar penduduk setempat, menampakkan perbezaan antara orang-orang beriman dan orang-orang kafir. Selain itu, semakin menguatkan pemahaman orang yang ikhlas mengikuti ajarannya terhadap keimanannya sendiri terhadap penghijrahannya dan terhadap jihad yang dilakukannya.
Pada saat Rasulullah SAW dan para sahabatnya kalah dalam perang Uhud, secara zahirnya ini merupakan tamparan hebat dan berat untuk menerimanya. Tetapi, kesan kekalahan itu kebaikannya telah menyedarkan meningkatkan kualiti mengikut arahan daripada pemimpin dari sebelumnya. Kekalahan ini telah menghapuskan kesombongan beberapa orang dengan kemenangan mereka di perang Badar, menghapuskan sikap terlalu percaya pada diri sendiri. Di samping itu Allah juga telah menjadikan beberapa orang terpilih dari kaum muslimin sebagai syuhada', misalnya Hamzah penghulu para syahid, Mush'ab, sang diplomat Islam dan Abdullah bin Amr.
Daripada perang Uhud, jelas mana orang-orang yang munafik dan sebaliknya, topeng mereka terbuka yang selama ini diguna untuk bersembunyi dan telah dihancurkan oleh Allah SWT.
Begitulah banyak lagi peristiwa-peristiwa yang ternyata mempunyai nilai positif yang tidak terhingga yang secara zahirnya menyakitkan tapi semunya itu mengandungi kebaikan bagi Rasulullah SAW dan bagi kaum muslimin.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik kepada hambanya.
Dengan berbagai peperangan di dalamnya Allah memberikan pertolongan dan kemenangan kepada RasulNya serta menjadikan beberapa tentera muslimin gugur sebagai syahid, Allah berkehendak menjadikan mereka semua sebagai penghuni Jannatun Naim (syurga yang di dalamnya penuh dengan berbagai kenikmatan). Seandainya tiada penentangan dari orang-orang kafir, nescaya tidak ada kebaikan dan keuntungan sebesar ini.
Ketika Rasulullah SAW diusir dari Mekah, dari mata kasar, kelihatannya seperti suatu hal yang sangat tidak menyenangkan. Namun dengan pengertian yang tersirat, pengusiran itu merupakan kebaikan, kurniaan dan kemenangan. Dengan terjadinya hijrah tersebut, Rasulullah SAW dapat memulakan pembagunan negara Islam, dapat pertolongan dari golongan Ansar penduduk setempat, menampakkan perbezaan antara orang-orang beriman dan orang-orang kafir. Selain itu, semakin menguatkan pemahaman orang yang ikhlas mengikuti ajarannya terhadap keimanannya sendiri terhadap penghijrahannya dan terhadap jihad yang dilakukannya.
Pada saat Rasulullah SAW dan para sahabatnya kalah dalam perang Uhud, secara zahirnya ini merupakan tamparan hebat dan berat untuk menerimanya. Tetapi, kesan kekalahan itu kebaikannya telah menyedarkan meningkatkan kualiti mengikut arahan daripada pemimpin dari sebelumnya. Kekalahan ini telah menghapuskan kesombongan beberapa orang dengan kemenangan mereka di perang Badar, menghapuskan sikap terlalu percaya pada diri sendiri. Di samping itu Allah juga telah menjadikan beberapa orang terpilih dari kaum muslimin sebagai syuhada', misalnya Hamzah penghulu para syahid, Mush'ab, sang diplomat Islam dan Abdullah bin Amr.
Daripada perang Uhud, jelas mana orang-orang yang munafik dan sebaliknya, topeng mereka terbuka yang selama ini diguna untuk bersembunyi dan telah dihancurkan oleh Allah SWT.
Begitulah banyak lagi peristiwa-peristiwa yang ternyata mempunyai nilai positif yang tidak terhingga yang secara zahirnya menyakitkan tapi semunya itu mengandungi kebaikan bagi Rasulullah SAW dan bagi kaum muslimin.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik kepada hambanya.
Monday, November 8, 2010
Kata- kata hikmah
Berimanlah, kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengEsakan ALLAH dan dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah.
KESIHATAN
TAWAU
Petikan dari myMetro 08112010
TAWAU: Hampir 73,000 penghidap penyakit kencing manis yang dirawat di Hospital Tawau termasuk dari Lahad Datu, Kunak dan Semporna berisiko tinggi menjadi buta sekiranya mereka gagal mendapat rawatan lanjut.
Menurut Pakar Mata dan Surgeri, Hospital Tawau, Dr Ajit Majumder, masalah itu berpunca daripada kurangnya peralatan hospital iaitu kamera Fundus dan mesin laser yang mampu mengesan serta merawat pada peringkat awal. “Sehingga ini, pihak hospital hanya memiliki satu kamera Fundus dan sebuah mesin laser untuk memeriksa mata penghidap kencing manis. “Alat ini digunakan bagi membuat pemeriksaan terperinci dan gambaran sebenar mata pesakit yang berkemungkinan boleh menjadi buta akibat kencing manis,” katanya ketika taklimat ringkas lawatan susulan kakitangan Standard Chartered (M) Berhad (Standard Chartered), Isnin lalu.
Dr Ajit berkata, lebih 700 penghidap kencing manis sudah disaring bagi mengenalpasti penyakit Retinopathy iaitu sejenis penyakit yang boleh menyebabkan hilang penglihatan. “Satu tinjauan populasi kebangsaan yang dibuat setiap 10 tahun mendapati kadar penghidap kencing manis di kalangan rakyat negara ini dianggarkan melebihi 10 peratus berbanding 8.2 peratus pada 1996. “Oleh itu, kami amat mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat korporat tampil memberi sumbangan sama ada dalam bentuk peralatan atau kemudahan asas lain.
“Kami juga ‘turun padang’ dan pergi ke kawasan luar bandar seperti kampung, pekan dan pulau untuk memberi rawatan kepada penduduk di kawasan berkenaan supaya masalah kesihatan yang dihadapi mendapati rawatan sewajarnya,” katanya.
Rezeki
“Dan tidak satu pun makhluk yang bernyawa di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).”
(QS. Huud [11]: 6).
Setiap manusia sudah ditetapkan rezekinya masing-masing. Jangan takut tidak mendapat rezeki dari Allah. Karena sebagaimana disebutkan dalam ayat di atas, Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap makhluk yang bernyawa. Orang yang beriman kepada Allah tentu tidak akan pernah mengeluh tentang apa yang ia peroleh. Sekalipun yang didapatkannya hanya cukup untuk makan sehari-hari. Karena ia yakin bahwa Allah telah menetapkan rezeki baginya. Masa kita kecil tidak pernah kita fikir tentang rezeki kita sendiri, tetapi rezeki kita tetap ada disalurkan melalui ibu bapa kita.
Sekalipun rezeki itu telah ditetapkan bagi setiap makhluk yang bernyawa, manusia tidak boleh tinggal duduk diam dengan mengharap rezeki datang begitu saja. Manusia juga harus berikhtiar untuk menjemput rezeki yang telah ditetapkan Allah tersebut. Karena rezeki itu bukan seperti hujan yang turun dari langit begitu saja tanpa disertai ikhtiar. Apa yang kita tabur, tentu kelak kitapun akan menuainya. Allah Maha Pengasih. Ia tidak akan pernah menyia-nyiakan usaha hamba-Nya. Apa yang diusahakan manusia tentu ia pun akan mendapatkan imbalan yang setimpal.
Begitu pula dengan rezeki. Orang yang berusaha dengan sungguh-sungguh tentu akan mendapatkan rezeki yang lebih baik daripada orang yang hanya duduk diam tanpa melakukan apa pun yang dapat mendatangkan rezeki. Perusahaan-perusahaan yang berdiri megah diawali dengan peluh. Manusia biasanya hanya melihat segala sesuatu dari luar saja. Ia tidak melihat bagaimana seorang pengusaha yang berjaya mengalami jatuh-bangun sehingga mendapatkan apa yang telah ia usahakan.
Setiap manusia memiliki cara yang berbeza-beza dalam mengundang rezeki. Tinggal bagaimana cara manusia itu sendiri untuk mengetahui potensinya dan mengundang rezeki yang telah ditetapkan untuknya. Seorang yang ahli dalam masak-memasak makanan tentu sangat baik jika ia mengundang rezekinya dengan cara mendirikan restoran. Seorang yang mahir dalam membuat suatu kraftangan boleh membuat souvenir misalnya, mekanik kereta boleh membuka bengkel kereta, INSYAALLAH seseorang itu akan berjaya dengan usahanya tersebut.
Orang yang merasa bahwa dirinya jauh dari rezeki adalah orang-orang yang pesimis. Keimanan mereka masih perlu dipertanyakan. Allah telah menetapkan rezeki masing-masing bagi hambanya sebelum ia keluar dari rahim ibunya. Bahkan pada saat empat bulan di dalam kandungan, rezeki seorang hamba sudah ditetapkan Allah SWT. Manusia tidak perlu takut akan rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT untuknya. Sesunguhnya Allah SWT Maha Pengasih. Ia tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang berikhtiar mengundang rezekinya dengan mengaharap ridha-Nya.
Selain itu banyak cara yang bisa mengundang rezeki yang bisa dilakukan. Salah satunya dengan cara silaturrahim. Silaturrahim merupakan salah satu cara yang sangat mudah dilakukan tapi sangat baik manfaatnya. Semakin banyak kenalan yang dimiliki maka peluang untuk memperoleh rezeki semakin terbuka luas. Hal ini bukan berarti kita berharap menadah tangan kepada orang lain untuk memberikan sebagian rezeki mereka kepada kita. Tapi mempermudah jalan kita untuk memperoleh masukan dari mereka yang memiliki pengalaman yang berbeda dalam usahanya masing-masing. Misal seseorang yang sedang mencari pekerjaan mendapatkan kemudahan tentang informasi kekosongan pekerjaan karena memiliki banyak kenalan yang boleh membantunya.
Setiap manusia pasti mempunyai keinginan yang terbaik bagi dirinya. Namun keinginan tersebut harus disertai dengan ikhtiar. Dengan adanya ikhtiar, maka Allah SWT akan memudahkan untuk mencapainya. Sebaliknya, kemalasan akan membawa manusia kepada keterbelakangan. Malas bukan merupakan alasan untuk menghindar dari suatu kewajiban. Setiap orang diberikan pilihan, tinggal bagaimana ia memilih yang terbaik bagi kehidupannya. Jika yang dipilih bisa membawa dirinya pada kemelaratan, itu merupakan pilihannya. Tapi manusia yang memiliki akal pikiran tentu akan memilih sesuatu yang dapat merubah hidupnya menjadi lebih baik.
Milikilah rasa optimis, karena optimisme akan mempermudah pencapaian cita-cita dan keinginan. Orang yang optimis tidak pernah mengenal kata putus asa. Karena Allah SWT melarang hambaNya bersikap putus asa (Q.S. Yusuf [12]: 87). Setiap kali ia ditimpa cobaan ia selalu menilai diri (muhasabah) agar boleh lebih baik lagi di masa akan datang. Orang yang optimis tidak pernah takut akan bahagian rezeki yang diperolehnya. Ia percaya bahwa Allah telah menetapkan rezeki baginya. Ia pun yakin bahwa Allah tidak akan menyia-nyiakan hamba-Nya yang berikhtiar untuk mencari rezeki dari-Nya.
Ikhtiar juga perlu diiringi dengan doa. Dua hal tersebut tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Memohon kepada Allah SWT agar dimudahkan dalam mendapatkan rezeki dari-Nya. Namun, sebagian manusia enggan berdoa. Ironisnya mereka berharap memperoleh rezeki yang banyak dari-Nya, padahal Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran” (Q.S. Al Baqarah [2]: 186).
Selain itu, seorang hamba sudah seharusnya untuk menaati perintah-perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya agar doa yang kita panjatkan mendapat perhatian dari-Nya. Gunakan waktu-waktu mustajabnya doa dalam berdoa kepada Allah SWT. Seperti pada waktu sepertiga malam terakhir, diantara iqamat dan adzan, dan pada saat sujud dalam solat. Adukan apa yang menjadi permasalahan hanya kepada Allah SWT. Agungkan Dia dalam setiap doa yang dipanjatkan. Bermohonlah kepada-Nya dengan penuh rasa harap dan cemas (Q.S. Al-Anbiyaa’ [21] : 90)
Manfaatkan sebaik-baiknya apa yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Jika Dia telah memberikan rezeki kepada hamba-Nya, tunaikanlah kewajiban untuk mengeluarkan sebagiannya bagi saudara-saudara kita yang memerlukan. Jangan sampai kufur terhadap nikmat-Nya yang telah dikurniakan. Bersihkanlah harta yang diberikan itu dengan cara mengeluarkan zakat. Bersedekah kepada orang lain tidak akan mengurangi bahagian dari rezeki yang diperoleh. Malahan boleh menjadi tabungan kelak, baik di dunia maupun di akhirat. (Q.S. Al-An’aam [6] : 160).
Rezeki yang telah diberikan sebaiknya diterima dengan bijak dalam pengelolaannya. Harta yang hanya disimpan tidak akan pernah beranak pinak menjadi banyak. Untuk itu perlu pengetahuan dalam mengaturnya. Mempergunakannya dengan mengutamakan keperluan yang paling utama. Orang yang tidak punya pengurusan yang baik terhadap harta yang dimiliki, maka ia akan selalu merasa kurang dengan apa yang telah diperolehnya walaupun ia memiliki harta yang banyak. Tetapi bagi yang mengerti bagaimana mengurus rezeki dengan baik maka ia akan selau merasa cukup dengan apa yang telah diperolehnya. Bahkan mungkin ia merasa lebih.
Yakinlah bahwa bagian rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT kepada hambanya tidak akan berkurang sedikitpun. Terimalah rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT dengan hati yang ikhlas. Jangan pernah mengeluh dari apa yang telah diberikan Allah SWT. Berusaha untuk sentiasa merasa cukup dan tetap terus berikhtiar untuk meraih ridhanya.
Wallahu a’lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)