Monday, November 8, 2010

KESIHATAN


TAWAU
Petikan dari myMetro 08112010

TAWAU: Hampir 73,000 penghidap penyakit kencing manis yang dirawat di Hospital Tawau termasuk dari Lahad Datu, Kunak dan Semporna berisiko tinggi menjadi buta sekiranya mereka gagal mendapat rawatan lanjut.

Menurut Pakar Mata dan Surgeri, Hospital Tawau, Dr Ajit Majumder, masalah itu berpunca daripada kurangnya peralatan hospital iaitu kamera Fundus dan mesin laser yang mampu mengesan serta merawat pada peringkat awal. “Sehingga ini, pihak hospital hanya memiliki satu kamera Fundus dan sebuah mesin laser untuk memeriksa mata penghidap kencing manis. “Alat ini digunakan bagi membuat pemeriksaan terperinci dan gambaran sebenar mata pesakit yang berkemungkinan boleh menjadi buta akibat kencing manis,” katanya ketika taklimat ringkas lawatan susulan kakitangan Standard Chartered (M) Berhad (Standard Chartered), Isnin lalu. 

Dr Ajit berkata, lebih 700 penghidap kencing manis sudah disaring bagi mengenalpasti penyakit Retinopathy iaitu sejenis penyakit yang boleh menyebabkan hilang penglihatan. “Satu tinjauan populasi kebangsaan yang dibuat setiap 10 tahun mendapati kadar penghidap kencing manis di kalangan rakyat negara ini dianggarkan melebihi 10 peratus berbanding 8.2 peratus pada 1996. “Oleh itu, kami amat mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat korporat tampil memberi sumbangan sama ada dalam bentuk peralatan atau kemudahan asas lain.

“Kami juga ‘turun padang’ dan pergi ke kawasan luar bandar seperti kampung, pekan dan pulau untuk memberi rawatan kepada penduduk di kawasan berkenaan supaya masalah kesihatan yang dihadapi mendapati rawatan sewajarnya,” katanya.




1 comment:

  1. Setiap penyakit ada penawarnya...

    Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” - (Abu Daud)

    jika bersesuaian dengan ubat atau penawar tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.

    Sebagai seorang Islam kita diwajibkan berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang mengikut syariat dan telah ditentukan oleh Allah SWT.

    Terdapat berbagai-bagai produk kesihatan di pasaran ketika ini. Ada yang berasaskan bahan kimia, herba dan buah-buahan. Terpulang dari kita saja yang menentukan yang mana satu kita pilih dan bersesuaian dengan sistem dalam badan kita.

    Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang menderita penyakit kencing manis. Beliau sudi berkongsi pengalaman keperitan yang dirasainya. Tumit kaki kanannya sudah ditahap kritikal dengan bacaan 23 mmol/l. Doktor mencadangkan supaya kakinya di potong saja sehingga ke betis. Setiap malam dia tidak dapat tidur kerana kesakitan. Dia bersyukur kerana telah diperkenalkan dengan sejenis produk tempatan berasaskan manggis. Pada hari pertama saja dia cuba minum jus tersebut, Alhamdulillah dia sudah boleh rasa nikmat tidur yang sudah lama dia tidak kecapi. Bacaan tahap gula turun selepas seminggu kepada 17 mm0l/l walaupun masih tinggi tapi dah ada perubahan yang baik. "Alhamdulillah kalau begini makcik tak perlu pikir kaki akan dipotong" katanya...

    ReplyDelete